Monday 30 April 2012

Salam Sejahtera

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh

Bangsa Melayu adalah bangsa yang terkenal dengan adat resam dan budaya nya yang unik , ini kerana tewlah terjadi proses asimilasi dengan pelbagai bangsa lain sepanjang sejarah nya.

Kaya dengan adat istiadat dan pantang larang berdasarkan kepercayaan turun temurun.
Bomoh , Pawang dan Dukun tidak dapat dipisahkan dari orang Melayu , kepercayaan kepada dunia mistik dan ghaib adalah salah satu akar bangsa Melayu.

Mungkin kerana itu bangsa Melayu amat mudah menerima agama Islam
Blog ini akan memaparkan kisah kisah dari pengalaman kami merawat dan juga kisah kisah yang disampaikan kepada kami dari masa ke semasa .

paparan paparan ini bertujuan untuk membangkitkan kesedaran supaya kita tidak mudah terlupa akan asal usul keturunan kita.

Sebelum tanah nusantara dijajah manusia telah pun sakit, dan dengan kaedah tradisi manusia yang sakit itu dirawat.

Setelah Bangsa Jawi dijajah barulah kaedah rawatan barat di perkenalkan dan kini kaedah rawatan tradisi dikatakan pula berkait rapat dengan unsur pemujaan dan syirik.

Kami bukan lah ulama

Kami juga bukan cendekiawan kami hanyalah anak muda yang diwariskan kaedah rawatan melayu bersendikan syariat Islam.


No comments:

Post a Comment