Thursday 3 May 2012

Pendamping atau dampingan



Satu isu yang sangat sinonim dengan ilmu persilatan , perbidanan tradisonal dan juga perawatan tradisional.
Bila menyebut tentang ilmu silat atau perubatan majoriti rakyat Malaysia akan meyebut dua perkara iaitu jin (pendamping ) dan sesat  (bercanggah dengan Islam)
Apakah itu pendamping?
Pendamping ialah makhluk halus yang mendampingi manusia atas beberapa sebab
1.       Warisan keluarga (terikat denganperjanjian dan sumpah)
2.       Diseru untuk menjadi pendamping (menggunakan amalan dan ritual tertentu)
3.       Secara sukarela menjadi pendamping atas dasar minat atau manusia itu beramal tanpa sanad dan guru yang muktabar.
4.       Diwariskan (biasanya melalui amalan dan juga rawatan)

Pendamping terdiri dari
1.       Jin  (dari kalangan jin fasik (islam ) dan kafir
2.       Bunian
3.       Makhluk rohaniah  (khadam dan muakal)
4.       Pendamping asli iaitu Qarin
Ada pelbagai perkara yang boleh diambil kira sebelum kita pergi menuntut ilmu (mistik) atau berubat (rawatan alternatif dan tradisional)
1.       Adakah syarat dan pantang yang tertentu yang pelu diikuti sepanjang masa belajar atau berubat?
2.       Mengetahui secara jelas maksud dan makna setiap zikir dan doa yang diberikan oleh guru ataupn perawat.
Antara tanda tanda mempunyai pendamping
1.       Selalu mengalami mimpi yang pelik
2.       Selalu mendengar bisikan dan arahan
3.       Naluri , hati dan akal senantiasa berperang atas satu satu urusan
4.       Sering lupa dan selalu berkhayal.
5.       Panas baran tanpa sebab
6.       Sedih tanpa sebab
Dan beberapa perkara lain.
Cara cara menagani masalah pendamping
1.       Sabar
2.       Tawakal
3.       Merujuk kepada yang faham.
Terdapat perbezaan pendamping warisan (saka) dan juga pendamping yang menumpang.
Selalunya perawat yang tidak jujur akan mengambil kesempatan diatas kes seumpama ini untuk mengaut keuntungan.
Soalan umum
“Saya mengamalkan doa dari ayat ayat Al Quran , kenapa saya menjadi resah, panas dan keliru, bukan kah sepatutnya saya akan menjadi lebih tenang?”
Soalan ini merangkumi apa yang dinyatakan ayat2 tertentu dalam Al Quran ada yang panas dan ada yang sejuk. Penjelasan yang mudah ialah perumpamaan tubuh itu adalah gelas air yang kotor dan berdebu sedangkan Ayat Al Quran itu adalah air yang bersih apabila air yang bersih dimasuk kan kedalan berdebu dan kotor maka ia tidak memberi berkat malah menyebabkan lebih banyak masalah.
Jadi kesimpulan nya tiada ayat Al Quran yang panas atau sejuk , yang menjadi isu ialah tubuh badan manusia yang mengamalkannya.
Sepatutnya ayat Al Quran atau Zikrullah adalah medium untuk mendekatkan diri dengan Allah Subhanahu Wataala, ramai yang keliru dan mengambil ayat Al Quran untuk maksud lain.
Dengan maksud lain inilah yang selalunya mendatangkan Khadam
Seperti contoh amalan Surah Al Ikhals 21, 000x dengan niat untuk bertemu dengan khadam bernama Syeikh Abd Wahid atau Al Fatihah dengan bilangan dan doa tertentu untuk bertemu khadam nya iaitu Syeikh  Rofurul Ukhdoir
Wallahu Alam
 (Terima kasih kepada saudara Ariapersanta -ariapersanta.blogspot.com )


7 comments:

  1. Saya ada masalah dgn isu pendamping

    ReplyDelete
  2. Pendamping secara ringkas...tidak perlu diberi makan seperti saka...tapi dengan zikir solat dan amalan yg diperintah Allah..maka pendamping ini akan dekat pada kamu bila diperlukan..saka akan sentiasa bersama kamu dan perlu diberikan makan..dan perjanjian..dan nk meninggal susah...tapi kalau pendamping meninggal seperti biasa..dan akan bantu pewaris seterusnya (itupon sekiranya zikir n ibadahnya dijaga dan dipandu pemilik asal utk mendekatinya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kanak-kanak yang didampingi jin akan selalu sakit ke pada permulaam kenapa ye perluke kesakitan itu?

      Delete
  3. sy pergi brubat tadi dgn isteri ,sudah 4 tahun kami brkahwin,dan blum di kurniakn anak,istri sy ajak prgi brubat,dan sy pon ikut je ke ruma (hamba allah )tu ,dia bgithu sy,sy ade pedamping (bunian),
    sy terkejut.
    sebab seumur sy xpernah prgi brubat2 atau jmpe bomoh pon sbelum ni smate2 utk ambil pendamping.
    jadi apakah yang perlu sy lakukan?

    ReplyDelete
  4. Casino 2021-2022 - DRMCD
    Casino 거제 출장마사지 2021-2022 — Find out all information about 제주도 출장마사지 the casino's current bonuses, promos, games, safety and customer support. Rating: 계룡 출장샵 4.5 서산 출장마사지 · ‎2 votes 여수 출장안마

    ReplyDelete