Thursday 3 May 2012

Kisah sebilah keris

Asalnya dari bebongkah besi yang dibakar dengan api yang diperkuat dengan angin dan akhirnya disepuh dengan air.
gambar hiasan 

keris ialah senjata melayu yang digeruni penuh dengan mistik dan juga kepercayaan yang bukan bukan.

Kisah bermula apabila sebuah kelurga yang agak besar mula berantakan, berlaku perselisihan faham yang kadangkala berpunca dari perkara yang amat  remeh.

Timbul kegusaran dari pihak orang orang tua dalam kelurga berkenaan hal yang menimpa keluarga mereka.
lalu mereka mencuba secara tradisional ,

Ramai yang berpendapat suasana 'panas' yang melanda kelurga itu adalah disebabkan oleh gangguan sihir oleh orang orang yang iri hati dengan kesenangan yang dikecapi oleh kelurga itu .

Setelah puas berusaha dengan pelbagai cara baik bomoh dan pawang maupun ustaz dan imam, keluarga itu masih lagi dibelenggu permusuhan dalaman.

Hinggalah wakil mereka menemui kami.

Dari sesi soal jawab kami dapat menytimpulkan beberapa faktor iaitu

  1. Permusuhan itu berlaku sesudah ahli kelurga yang paling tua (moyang) meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 102 tahun ( mengikut anggaran keluarga kerana allahyarham membuat kad pengenalan sesudah mempunyai anak 3 dan tidak mengingati tarikh lahirnya dengan tepat)
  2. Perselisihan faham ini bukan sahaja dikalangan orang dewasa malahan remaja dan juga kanak kanak, dan merupakan sesuatu yang agak misteri
  3.  Moyang kepada keluarga ini merupakan seorang yang agak kaya dan terkenal hingga ke istana, dan merupakan salah seorang penasihat diraja.
  4. Moyang kepada keluarga ini adalah seorang yang berilmu tinggi dunia dan juga akhirat
Segala faktor itu merujuk  kepada satu masalah iaitu SAKA

Namun apabila imbasan demi imbasan dilakukan di kawasan rumah keluarag itu tidak terdapat unsur unsur yang mencurigakan kecuali aura yang agak bercelaru datangnya dari salah sebuah bilik didalam rumah besar (pusaka)

Apabila keizinan diperolehi kami mendapati punca aura itu ialah sebilah keris tua.

dengan penemuan keris (yang selama ini terelpas pandang oleh ahli keluarga) kesimpulan kami berubah dan punca utama kepada masalah keluarga itu dapat di kesan ianya berpunca dari sebilah keris yang tidak dijaga dengan rapi.

Kebanyakan (90%) keris atau besi lama (barangan antik) ada makhluk halus yang menumpang, dan kandangkala makhluk yang menumpang ini lah yang menjadi duri dalam daging.

Kaedah rawatan kepada masalah keluarga itu ialah menueteralkan keris tersebut ( membuang khadam yang berumah didalam keris itu)
dan juga pemulihan secara garam dan juga gula.

Jadi hati hati dengan besi lama atau barangan antik ...

Namun jika hati terdetik untuk mengetahui sila lah hubungi kami ..

Insyaallah dengan izin Nya ....



1 comment:

  1. assalamualaikum..saya ada banyak soalan nak tanya...

    ReplyDelete